ILMU ITU HARTA

Tuesday 10 May 2011

Ceriaton

Tarikh : 09 Mei 2011
Hari    : Isnin

Rombongan dari Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah ( PPD ) telah hadir ke SK Sg Bakap, bagi menilai keceriaan kelas sempena Pertandingan Kebersihan Kelas. Rombongan tersebut telah melawat ke setiap kelas yang bertanding. Keputusan pertandingan tersebut akan diumumkan pada hari Sabtu bersamaan 14 Mei 2011 ini. 

Tuesday 19 April 2011

Lawatan Nazir

Tarikh : 20.04..2011
Hari    : Rabu

Selamat datang kepada Jemaah Nazir Persekutuan ke SKSB setelah kedatangan mereka ditunda. Kepada semua warga SKSB diharap agar anda semua bergembira dan senyum-senyum selalu.

Sunday 17 April 2011

Majlis Perpisahan Guru-guru pelatih

Majlis perpisahan untuk guru-guru pelatih telah diadakan di makmal sains pada 15.04.2011 jam 10.00 pagi. Majlis ini dihadiri oleh semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap. Majlis yang berjalan dengan lancar dan meriah ini diikuti dengan penyampaian hadiah oleh tuan Guru Besar kepada pelatih-pelatih tersebut. Pihak sekolah mengharapkan agar mereka dapat menjadi seorang guru yang berjaya di masa hadapan.




Thursday 14 April 2011

Lawatan Nazir

Tarikh   : 18.4.2011
Hari      : Isnin

Peringatan untuk semua guru. Lawatan Nazir akan berlaku pada tarikh dan hari yang tertera. Semua guru diharap bersedia.

Thursday 7 April 2011

Pameran Buku

Tarikh   : 07.04.2011
Tempat : Dewan Mellinieum Kepala Batas.
Masa    : 9.30 pagi hingga 1.30 tengahari

Seramai 40 orang murid, dari tahun 4,5 dan 6 mewakili pengawas perpustakaan dan pengawas sekolah telah mengadakan lawatan ke Pameran Buku di Dewan Mellinieum Kepala Batas, hari ini.  Lawatan bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar perkara yang perlu dititik beratkan semasa membeli buku. Di samping itu juga pelajar dapat melihat dan mendengar acara yang dipertandingkan hari ini iaitu : Bicara Buku. Lawatan ini diiringi oleh Puan Rusinah bt Md Zain dan Puan Sarimah bt Sudin. Semua pelajar yang terlibat memberikan kerjasama yang baik. Syabas kepada semua pelajar yang mengikuti lawatan hari ini.

Saturday 2 April 2011

Gotong royong

Pada 2.4.2011, ibu bapa dan guru-guru bagi kelas yang terlibat dengan pertandingan kelas terbersih, telah mengada gotong royong bagi menceriakan kelas masing-masing. Gotong royong ini diadakan secara sukarela bagi memastikan kelas-kelas terbabit berada dalam keadaan kemas dan baik serta kondusif untuk pelajar.

Wednesday 23 March 2011

Perjumpaan guru-guru bahasa Inggeris tahap 1

Seramai 3 orang guru bahasa Inggeris mengikuti perjumpaan bersama penutur jati di Sk Bandar Tasek Mutiara, bermula jam 2.00 petang hingga 4 petang. Perjumpaan ini akan berlangsung selama 10 minggu pada setiap hari Rabu.